HomeIsu tempatan9 rumah setinggan di Kg Saga 3 musnah dalam kebakaran

9 rumah setinggan di Kg Saga 3 musnah dalam kebakaran

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak sembilan buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Kg Saga 3, Jalan Numbak dekat sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi tadi (27 Julai) mengenai kejadian tersebut.

Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati satu kebakaran melibatkan sembilan buah rumah telah musnah dijilat api di Kg Saga 3.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran sumber air dari jentera Bomba dan operasi melibatkan kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB).

” Mangsa kebakaran melibatkan 79 orang penduduk itu ditempatkan di rumah jiran dan rumah keluarga mangsa masing-masing sementra menunggu bantuan dari pihak-pihak berwajib.

“Bagaimanapun dalam kejadian kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Operasi terkawal pada jam 12:49 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.43 petang tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya