HomeSukanTanpa tonggak utama, Sabah FC tetap pamer permainan yang baik

Tanpa tonggak utama, Sabah FC tetap pamer permainan yang baik

Read Time:1 Minute, 22 Second

PETALING JAYA : Bermain tanpa empat pemain import selain beberapa tonggak utama yang cedera tidak menghalang untuk Sabah FC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini semalam.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee turut memuji persembahan para pemain khususnya muka baharu yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan kendaliannya.

“Ini bukan satu perlawanan yang mudah apabila empat pemain import saya tidak dapat diturunkan atas masalah kecederaan termasuk Baddrol Baktiar yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Namun para pemain yang diturunkan terutama muka baharu dalam kesebelasan utama memberikan satu persembahan yang cukup baik.  Mereka membuktikan walaupun tidak bermain begitu lama tetapi mempunyai kesungguhan,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Kim Swee berkata, sikap dan mentalititi yang baik seperti itu amat diperlukan untuk setiap pemain yang berada dalam pasukan Sabah FC

“Kita yakin mereka mampu melakukan dengan lebih baik.  Hari ini terbukti dengan kesungguhan yang dipamerkan selain mengikut perancangan, kita berjaya walaupun bermain tanpa beberapa tonggak.

“Hasilnya juga kita mampu mendapatkan tiga mata yang cukup berharga ditempat lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui sukar untuk menamakan para pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi menentang PJ City FC semalam.

“Saya terpaksa menunggu sehingga minit-minit terakhir untuk menamakan kesebelasan utama.  Saya datang dengan 22 pemain, Park (Taesu) dan Baddrol Baktiar tidak dpat bersama dimana mereka tidak cergas sepenuhnya.

“Bila perkara ini berlaku, sudah tentu amat sukar untuk saya menamakan pemain kesebelasan utama, namun saya cukup bangga dengan apa yang ditunjukkan terutama para pemain yang diberi kepercayaan pertama kali,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya