HomeUtamaJIM Sabah laksana Operasi Bersepadu Pelantar

JIM Sabah laksana Operasi Bersepadu Pelantar

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menyerbu dua buah pelantar minyak di kawasan utara perairan negeri ini dalam satu Operasi Bersepadu Pelantar yang dijalankan pada Isnin lalu.

Operasi bersepadu yang diketuai JIM Sabah dengan kekuatan anggota seramai 37 pegawai lain-lain pangkat, turut disertai Pasukan Bahagian Hal Ehwal Negeri Sabah dan Penyelidikan, yang diketuai Datuk Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari ; Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah, Maswandie Maimoon yang turut diiringi lima orang pegawai.

Pengarah Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, dalam operasi itu seramai 311 orang telah diperiksa terdiri dari 307 warganegara Malaysia; seorang warga Indonesia dan tiga warga Myanmar.

Katanya, hasil pemeriksaan tiada sebarang tangkapan dibuat malah pihak syarikat yang beroperasi di pelantar minyak tersebut berserta krew-krew pelantar telah mematuhi peraturan pas kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Tambahnya, syarikat berkenaan turut memberikan kerjasama yang penuh sepanjang proses pemeriksaan dokumen oleh pihak JIM Sabah.

kawasan pelantar yang diperiksa – Foto JIM Sabah

“Objektif utama operasi ini dilaksanakan di perairan Sabah adalah untuk membenteras dan mengenal pasti mana-mana individu yang melakukan beberapa kesalahan yang ditetapkan Kerajaan.

“Antaranya seperti Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002); Peraturan-peraturan Imigresen 1963; Akta Passport 1966; Akta Anti Pemerdagangan Orang (pindaan 2010) dan; Anti Penyeludupan migran 2007,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sitti Saleha berkata, operasi seperti itu akan sentiasa diteruskan bersama pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Akta Imigresen 1959/63 serta perkara 7 Akta Imigresen 1959/63 berkenaan Peruntukan Khas Malaysia Timur.

Katanya, JIM Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam melaksanakan operasi berkenaan.Operasi yang bermula jam 10 pagi itu berakhir pada jam 1.15 petang.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, JIM Sabah telah mula bertindak menguatkuasakan arahan dan dasar Kerajaan Sabah agar semua pekerja pelantar minyak mesti memiliki pas kerja untuk berkerja di Sabah.

“Ini untuk memastikan rakyat Sabah didahulu dalam pengambilan pekerja di industri ini.

“Pas kerja hanya dikeluarkan sekiranya tidak ada orang tempatan (Sabah) yang mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular