HomeIsu tempatan'Kami cuma cari labi-labi' kata tujuh kanak-kanak dikhuatiri hilang dan telah dijumpai

‘Kami cuma cari labi-labi’ kata tujuh kanak-kanak dikhuatiri hilang dan telah dijumpai

Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA BELUD: Tujuh kanak-kanak dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah masing-masing selepas bermain di kawasan kampung di Kg Kebayau dekat sini, semalam telah dijumpai awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kg Kebayau Lery Jobe Midih, 33, berkata, tujuh kanak-kanak tersebut telah dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira jam 6 pagi tadi (8 Ogos) di tepi anak sungai ketika kanak-kanak itu sedang mencari labi-labi kira-kira 2 kilometer dari lokasi terakhir mereka dilihat bermain di kawasan kg Kebayau dan dilaporkan hilang pada Ahad.

Menurut Lery, kanak-kanak yang dijumpai itu memberitahu kepada penduduk yang menjumpai mereka bahawa mereka sedang mencari labi-labi.

“Kata salah seorang kanak-kanak terbabit, mereka takut mahu pulang semalam kerana sudah lewat malam bimbang dimarahi oleh ibubapa mereka jadi mereka meneruskan misi mencari labi-labi keesokan harinya (hari ini),” kata Lery ketika dihubungi Sabah Media News hari ini.

Tujuh kanak-kanak tersebut dikenali Freddy Kerinsuk (OKU), 15, Arni Kerinsuk (OKU), 13, Alistar Kerinsuk (OKU), 9, Royce Kerinsuk, 3, Mecklorn Datine, 12, Elson Evan Lie Willie, 11, dan Elcy Jackter, 5.

Tambah Lery, hanya kanak-kanak yang berumur 3 tahun Royce Kerinsuk sahaja yang kelihatan lemah kerana lapar dan mendapat rawatan dari pihak Bomba yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, kesemua kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semalam, menurut Lery, beliau menerima maklumat mengenai kehilangan tujuh kanak-kanak terbabit dari ibubapa mereka yang telah membuat aduan sekitar jam 8 malam tadi (7 Ogos) memberitahu bahawa anak-anak mereka belum pulang ke rumah sejak keluar bermain di kawasan kampung petang semalam.

“Sebenarnya mereka (kanak-kanak) semuanya sembilan orang keluar bermain tetapi dua orang kanak-kanak dikenali sebagai Obel dan Dido telah pulang ke rumah masing-masing.

“Obel dan Dido telah memberitahu ibubapa mereka yang mereka bermain di pinggir kampung dekat dengan hutan,” kata Lery.

Lery berkata, sebaik menerima aduan itu, beliau bertindak menghubungi semua agensi keselamatan untuk mencari ketujuh-tujuh kanak-kanak tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat tujuh mangsa kanak-kanak yang dikhuatiri hilang termasuk penduduk kampung, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya