HomeIsu tempatanPuisi Pelajar Sabah diterbitkan di Majalah Tahunan United Kingdom

Puisi Pelajar Sabah diterbitkan di Majalah Tahunan United Kingdom

Read Time:1 Minute, 5 Second

KENINGAU: Seorang pelajar jurusan Bakeri dan Pastri, Kolej Vokasional Keningau, Ashraf Daniel Anuar telah berjaya menerbitkan puisinya yang bertajuk “I Took It On Myself” di majalah sastera British “Margate Bookie” yang dikeluarkan secara tahunan di United Kingdom.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata, Edisi 2022 majalah tersebut telah menerbitkan 50 hasil karya dari seluruh dunia dan puisi Ashraf merupakan salah satu hasil karya yang terpilih.

Katanya, melalui puisi “I Took It On Myself” Ashraf Daniel meluahkan keresahan yang dialaminya akibat tindakannya menanggung bebanan kesilapan orang lain. Namun, dia menyedari bahawa dia perlu menumpukan perhatian kepada masa depan dan yakin bahawa ianya akan menjadi lebih baik sekiranya dia berhenti menghukum diri sendiri atas peristiwa lampau.

Menurut Johari, selain dari hasil karya Ashraf, terdapat dua lagi hasil karya iaitu lukisan dan esei pelajar Kolej Vokasional Keningau yang turut terpilih untuk diterbitkan di majalah ini.

Johari turut berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajarnya kerana hasil karya mereka telah diterbitkan di majalah antarabangsa yang mempunyai reputasi yang tinggi.

“Saya yakin bahawa ini adalah bukti betapa pentingnya bakat pelajar dalam apa juga bidang namun ia perlu diasah dengan baik,” ujarnya.

Majalah tersebut boleh dimuat turun di pautan berikut:

https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/#
https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/#
RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular