HomeIsu tempatanTTS berjaya kibar Jalur Gemilang di puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Kebangsaan

TTS berjaya kibar Jalur Gemilang di puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Kebangsaan

Read Time:52 Second

KUNDASANG : Seramai 65 orang kakitangan Taman Taman Sabah (TTS) berjaya membawa naik Dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Kebangsaan ke 65 tahun di sini semalam.

Program itu turut disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR), malim gunung, porter, kakitangan Sutera Sanctuary Lodges, Mt. Torq dan Koperasi Kakitangan Taman Taman Sabah (KOKTAS).

Pendakian membawa Jalur Gemilang itu diketuai Renjer Taman Sub Stesen Panalaban Gunung Kinabalu Julaimin Kamin.

TTS dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, Jalur Gemilang berkenaan telah diserahkan kepada TTS oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada 31 Julai lalu sempena pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka.

Turut sama dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu ialah bendera Sabah dan bendera TTS.

Pelepasan bagi membawa naik Jalur Gemilang ke puncak Gunung Kinabalu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Yassin Miki dan Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid seawal jam 6.50 pagi bertempat di Timpohon Gate semalam.

Kesemua peserta pendakian membawa Jalur Gemilang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu kira-kira jam 1.50 petang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya