HomeUtamaeBusKK seperti menaiki bas masa hadapan, kata Johan

eBusKK seperti menaiki bas masa hadapan, kata Johan

Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Perjalanan menaiki perkhidmatan eBusKK selama 15 minit dari KFC Sulaman ke Sepanggar sudah cukup untuk meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada seorang mandur pembinaan, Johan Abdul Shukor.

Johan Abdul Shukor. – Foto ihsan QSB

Pada awal pagi Selasa, Johan bersama-sama dengan anak lelaki dan dua anak saudaranya keluar bekerja dengan menaiki eBusKK iaitu merupakan satu perkhidmatan bas berkuasa elektrik yang pertama di Sabah beroperasi dalam tempoh percubaan selama enam bulan bermula Jun lalu oleh Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan Kerajaan Negeri.

Johan berkongsi pengalamannya menaiki eBusKK, katanya, ia bukan sahaja selesa, malah bahagian dalam bas tersebut juga luas dan berhawa dingin serta kelihatan begitu moden.

Johan sangat teruja apabila diberitahu bahawa bas itu menggunakan kuasa elektrik dari bank bateri, beliau juga memberi gambaran seperti berada dalam bas masa hadapan.

“Saya merupakan generasi yang tidak pernah keluar dari negeri ini dan hanya boleh mengalami keadaan ini dengan menonton rancangan televisyen. Bila saya berada di dalam bas ini saya merasakan seperti menaiki bas ke masa hadapan,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman dan dapat menaiki secara percuma eBusKK ialah seorang pekerja pejabat Nur Hasliana yang dalam perjalanan dari Universiti Apartment 1 ke Sepanggar.

Nur Hasliana – Foto ihsan QSB

Seperti Johan, perjalanan singkat itu meninggalkan kesan positif kepada Nur Hasliana, katanya, eBusKK merupakan titik permulaan yang baik dalam usaha memodenkan pengangkutan awam di ibu negeri.

“Ini sudah 2022. Pastinya masyarakat Kota Kinabalu berhak mendapat sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik. Lebih-lebih lagi dalam era ekonomi di mana membeli kereta semakin mahal terutamanya untuk graduan muda.

“Usaha memulakan perjalanan bas yang sistematik akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan diharapkan dapat mengurangkan perbelanjaan sara hidup. Hakikatnya bahawa ini adalah bas elektrik bermakna ia juga baik untuk alam sekitar,” katanya.

Nur Hasliana berkata, dia juga tidak sabar menantikan hari perkhidmatan eBusKK menjadi tunjang utama dalam sistem pengangkutan awam ibu negeri.

Walaupun perkhidmatan percubaan eBusKK hanya akan beroperasi sehingga akhir tahun ini, integrasinya ke dalam perkhidmatan pengangkutan awam bandar akan mengambil sedikit masa kerana pelbagai faktor perlu diuruskan terlebih dahulu, kata Ketua Kejuruteraan dan Tenaga QSB, Jeremy Kimsin.

“Kita perlu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk pelbagai pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Jabatan Pengangkutan Jalan serta pelbagai kementerian dan jabatan lain.

“Kita juga perlu melibatkan mereka yang sudah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti pengendali bas dan bas mini. Input mereka amat berharga,” tambahnya.

Katanya, perkhidmatan percubaan antara Politeknik Kota Kinabalu di Sepanggar ke Menara Kinabalu atau Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri di Teluk Likas telah memberikan pandangan positif tentang operasi harian bas elektrik itu.

“Kami sedang mempelajari perkara seperti kekerapan bateri kenderaan ini perlu digunakan dicas semula dan tempoh serta jenis penyelenggaraan yang perlu dijalankan dalam bas,” kata Jeremy.

Beliau berkata, pasukan teknikal QSB juga sedang melihat kemungkinan lokasi pengecasan stesen bas berkuasa elektrik hendaklah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem pengangkutan awam di bandar ini.

“Seperti mana-mana projek pembangunan, ia perlu terlebih dahulu ada satu permulaan, dan inilah komitmen QSB untuk memulakan rangka kerja dan bekerja tanpa jemu untuk menjadikan visi eBus ini menjadi kenyataan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular