HomeIsu tempatan18 buah sekolah menengah di Sabah layak ke CIP KPS

18 buah sekolah menengah di Sabah layak ke CIP KPS

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 18 buah sekolah menengah dari sembilan buah daerah di negeri ini layak untuk bertanding pada Program Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sabah (KPS) peringkat negeri Sabah.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, sekolah yang layak ini merupakan pemenang juara dan naib juara  di peringkat daerah yang diadakan serentak semalam.

Katanya, pertandingan CIP KPS peringkat daerah itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada KPS-KPS di seluruh negeri Sabah. Dimana seramai 328 orang pelajar yang mewakili 82 buah sekolah menengah telah menyertai program ini.

“Juara peringkat negeri 2022 pula akan mewakili Sabah berentap ke CIP KPS peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober depan.

“Program Pertandingan CIP KPS ini bertujuan untuk mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu, mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar.

“Ia melibatkan aspek-aspek berkaitan kepenggunaan, mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti KPS di seluruh negara dan membentuk generasi pengguna yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Georgie berkata, penyertaan dan pencapaian dalam aktiviti serta program kepenggunaan dalam kalangan pelajar dan mahasiswa di negeri Sabah amat menggalakkan.

Katanya, ini terbukti dengan kejayaan-kejayaan sebelum ini semasa sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2019, wakil sekolah dan IPTA dari Negeri Sabah telah memenangi johan pertandingan Debat Kepenggunaan (UMS), johan pertandingan choral speaking (SK ST. Joseph, Papar), Sketsa Kepenggunaan (Anugerah Khas Pelakon Lelaki Terbaik SMK Likas) dan terkini kejayaan UMS merangkul Johan dalam Pertandingan Teater Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022.

“Kali terakhir program ini diadakan adalah pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda.

“CIP KPS merupakan program tahunan anjuran KPDNHEP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tahun 2022 merupakan tahun ke-12 pelaksanaan Program Pertandingan CIP KPS.

“Pertandingan ini telah dilaksanakan mulai tahun 2011 bagi menggantikan Kuiz Pengguna Sekolah yang telah diadakan sejak tahun 1992,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular