HomeUtama17 jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dikehendaki bangunkan Pelan Antirasuah Organisasi

17 jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dikehendaki bangunkan Pelan Antirasuah Organisasi

Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Semua 17 jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dikehendaki membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing dengan tempoh diberikan sehingga bulan Disember 2022 ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini sebanyak 11 kementerian telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing.

“Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan negeri merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan hasrat murni dan komitmen untuk membanteras rasuah dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan.

“Saya mahu semua Jabatan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri yang belum membangunkan Pelan Antirasuah diberikan tempoh sehingga bulan Disember 2023. GIC digalakkan untuk membangunkan Pelan Antirasuah dan mendapatkan pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS),” katanya ketika merasmikan Hari Integriti Negeri Sabah Tahun 2022 di Auditorium Utama, Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Ketua Menteri turut menetapkan agar status pembangunan Pelan Antirasuah dan pelaksanaan ABMS dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri selain mahu semua Ketua Jabatan memainkan peranan proaktif bagi memastikan agensi di bawah kawalan masing-masing membangunkan Pelan Antirasuah.

Hajiji berkata, dalam usaha mengekang ketirisan hasil Kerajaan Negeri dari terus berlaku, satu Pasukan Petugas (Task Force) yang terdiri daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan Malaysian Palm Oil Berhad dibentuk bagi tujuan mengutip semua cukai jualan yang gagal dibayar sebelum ini

“Kerugian yang ditanggung sekiranya berlaku atas sebab ketirisan, salahguna kuasa dan pembaziran, maka ia perlu diberikan perhatian serius oleh semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi di negeri Sabah,” katanya

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri sudah memulakan inisiatif Menyelesaikan Isu-isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan hasil inisiatif ini sebanyak 63 daripada 116 isu teguran audit berjaya diselesaikan sepanjang tempoh Januari 2021 hingga 25 Ogos 2022.

Penganjuran Hari Integriti Negeri Sabah adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) (2021-2025)

Sempena sambutan itu, Ketua Mehteri turut melancarkan Buku Semakan Semula Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019-2023. Buku Semakan Semula ini mengandungi 20 inisiatif yang telah ditambah baik seiring dengan hala tuju dan agenda Kerajaan ke arah pengukuhan integriti, antirasuah dan tadbir urus baik.

Majlis turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya