HomeUtamaSabah akan teruskan tuntutan 40 peratus di bawah Perkara 112D

Sabah akan teruskan tuntutan 40 peratus di bawah Perkara 112D

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa dalam meneruskan tuntutan 40 peratus geran khas untuk Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang video semalam.

Menurut Hajiji, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah bersetuju pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah berdasarkan mekanisme pentadbiran.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju dengan rakan sejawatnya di Sarawak bahawa persetujuan TYT hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum cadangan pelantikan dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Hajiji berkata, TYT juga bersetuju supaya seorang lagi wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik ke Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Dalam pada itu, beliau juga membangkitkan isu perlunya pos-pos keselamatan di sempadan Malaysia – Indonesia dipertingkatkan.

“Saya baru sahaja membuat lawatan kerja ke tiga pos keselamatan di sempadan (Burst-Point, Wallace Bay dan Sungai Melayu) di Sebatik dan saya mendapati terdapat keperluan untuk kemudahan itu dinaik taraf,” katanya.

Ketua Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pelantikan wakil dari Sabah sebagai ahli lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana membentangkan kertas kerja untuk menambah baik penjagaan kesihatan di Sabah dan Sarawak sambil menambah bahawa beliau berharap semua rancangan itu dapat dilaksanakan lancar dan secepat mungkin.

Turut dipersetujui semasa mesyuarat itu ialah merit menambah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat pembentukan Malaysia yang mana Perdana Menteri berkata cadangan akan dibawa ke Kabinet Persekutuan untuk dibincangkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya