Hajiji terima kunjungan hormat AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan Parlimen ke-14 (Parliament Select Committee) di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul.

AJK lain ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain mengunjungi Hajiji, AJK Pilihan Khas akan mendengar taklimat mengenai keselamatan oleh agensi-agensi penguatkuasa di Sabah, termasuk soal pembangunan dan sosial ekonomi melibatkan kawasan sempadan negara.

AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia juga melawat Sarawak bagi tujuan yang sama.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Dato’ Armizan Mohd Ali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.