HomePolitikIsu Najib :- Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya Soal Ti...

Isu Najib :- Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya Soal Ti Lian Ker

Read Time:46 Second

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah dipenjarakan, nampak masih ramai pihak di luar sana yang seolah-olah masih membenci sehingga sanggup melihat ada sahaja yang tidak kena dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kritikan ramai pihak ini menarik perhatian Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang merasakan adalah penting untuk golongan yang kerap mengkritik ini untuk memaafkan Najib.

“Kadangkala saya tak faham bahang kebencian politikus ini. Ada yang tak sudah-sudah mau lihat @NajibRazak seksa dan sengsara di penjara. Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya ? Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam?,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya.

Untuk rekod Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

RELATED ARTICLES
Politik

GRS serasi dengan PH Sabah, tolak kerjasama parti luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular