HomeSukanProgram berbentuk kecergasan mampu cungkil bakat baharu golongan muda

Program berbentuk kecergasan mampu cungkil bakat baharu golongan muda

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan program berbentuk kecergasan dan pembangunan sukan khususnya melibatkan ibu sukan iaitu bola sepak mampu membantu mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, kerjasama dan komitmen pelbagai pihak juga membuktikan rakyat negeri ini sentiasa mahu mengembangkan bakat selain menjayakan pelbagai program serta aktiviti kecergasan.

“Pelaksanaan aktiviti kecergasan seperti program Malaysia Little League yang julung kali diadakan adalah bertujuan bagi mencungkil bakat dalam sukan bola sepak dikalangan belia Malaysia yang berumur 16 tahun ke bawah.

“Ini juga mampu meningkatkan lagi daya saing dan sifat kompetitif dikalangan pasukan bertanding serta menggalakkan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dan cergas dalam membudayakan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Malaysia Little League peringkat negeri Sabah di Kompleks Sukan Sukan Likas di sini semalam.

Ellron berkata, program Malaysia Little League itu dilaksanakan diseluruh négara yang melibatkan pelaksanaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Beliau percaya matlamat itu akan dapat telah dicapai dengan adanya sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, sektor awam dan swasta,badan-badan sukan serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Untuk makluman juga tahun ini hari sukan negara peringkat negeri Sabah akan dilaksanakan di daerah Keningau, dengan pelbagai aktiviti sukan yang dirancang pada Oktober ini untuk direkodkan sebagai bukti penglibatan rakyat negeri Sabah dalam aktiviti sukan.

“Ini salah satu aktiviti untuk mempromosikan kepada rakyat bahawa Kementerian Belia dan Sukan Sabah serius dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan sekaligus meningkatkan mutu pembangunan sukan negara.

“Saya juga menyeru kepada semua peserta adik-adik dan pengurus-pengurus pasukan yang menyertai program kita pada hari in agar bertanding dalam penuh semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya