HomePolitikPemuda, wiramuda komponen GRS perlu terus bergiat aktif turun ke akar umbi...

Pemuda, wiramuda komponen GRS perlu terus bergiat aktif turun ke akar umbi – Ruddy

Read Time:1 Minute, 15 Second

KUDAT : Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Ruddy Awah mahu kepimpinan pemuda dan wiramuda parti-parti komponen GRS khususnya di Parlimen Kudat untuk sentiasa bergerak aktif turun ke akar umbi.

Katanya, ia termasuklah memberi penerangan mengenai perjuangan Kerajaan GRS-Barisan Nasional (BN).

“Saya berharap Pemuda GRS Bahagian Kudat dibawah pimpinan Asmey akan terus bergerak aktif dan turun ke akar umbi menemui rakyat.

“Ianya adalah bagi memberi penerangan mengenai perjuangan dan gagasan Kerajaan Negeri GRS-BN,” katanya pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi GRS Parlimen Kudat di sini baru-baru ini.

Pada mesyuarat itu, Ruddy turut mengumumkan pelantikan Asmey Ruddy sebagai Ketua Pemuda GRS Parlimen Kudat.

Katanya yang juga Ketua Penyelaras GRS Parlimen Kudat, pelantikan Asmey telah mendapat sokongan daripada ketua pemuda dan wiramuda parti-parti komponen GRS bahagian itu.

Dalam pada itu, Asmey merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada ketua pemuda parti komponen GRS diatas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk mengetui Pemuda GRS Parlimen Kudat.

“Saya akan melakukan yang terbaik kerana ini adalah amanah dan tanggungjwab yang perlu saya galas bersama pergerakan pemuda parti-parti komponen lain,” katanya.

Katanya, Pemuda GRS Kudat akan bekerja keras menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan calon GRS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Semboyan pilihan raya sudah berbunyi, maka Pemuda GRS perlu terus menggerakkan jenteranya bagi menambat hati para pengundi khususnya pengundi muda.

“Pertambahan besar pengundi muda adalah cabaran utama kepada Pemuda GRS, undi mereka begitu penting dan ia fokus utama yang akan dilakukan oleh Pemuda GRS Parlimen Kudat,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya