HomePolitikPRU15 : Hari penamaan calon,pengundian diketahui tengah hari ini

PRU15 : Hari penamaan calon,pengundian diketahui tengah hari ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijadualkan diadakan pada jam 12 tengah hari nanti.

Tarikh penting itu akan diumumkan SPR selepas suruhanjaya berkenaan selesai mengadakan mesyuarat khas di Putrajaya yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang dijangka bermula jam 10 pagi.

Mesyuarat khas itu akan turut membincangkan mengenai tarikh writ pilihan raya, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain, bagi berhadapan dengan PRU-15 selain juga akan menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

PRU-15 kali ini perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran itu melalui perutusan khas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia adalah selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen bakal dipertandingkan pada PRU-15 kali ini manakala sebanyak enam buah negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Tindakan tidak membubarkan DUN itu menyebabkan akan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berasingan pada tahun hadapan.

Antara negeri yang terlibat adalah tiga di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala tiga lagi negeri yang dikuasai oleh Kerajaan PAS antaranya Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hanya Perak, Perlis dan Pahang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing manakala DUN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak pula tidak dibubarkan kerana baharu melalui PRN dan belum mencapai tempoh matang.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular