PRU15: Senarai calon GRS?

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyenarai pendek barisan calonnya yang akan bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, senarai pendek calon GRS sudahpun sampai ke peringkat akhir sehingga diumumkan kelak sebelum penamaan calon.

“Kita sudah senarai pendekkan sehingga kita umumkan sebelum penamaan calon, kita boleh nyatakan bahawa senarai calon kita sudah seakan-akan sampai ke peringkat akhir untuk mengetahui calon-calon boleh menang yang diterima oleh rakyat yang boleh memberi khidmat apabila mereka menang dalam pilihan raya itu nanti,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-25 Kolej Teknologi Yayasan Sabah (YSCT) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN) semasa PRU15, Hajiji menyatakan bahawa hubungan kerjasama GRS dan BN di Sabah adalah unik dan berbeza dari persekutuan.

“Keadaan politik di Sabah ini agak berbeza sedikit, unik sikit di peringkat persekutuan, di sabah lain, kerana persefahaman Kerajaan Negeri GRS – BN menghadapi Pilihan Raya Negeri yg lalu dan selepas kita diberi mandat oleh rakyat semasa pilihan raya lepas kita tubuhkan kerajaan GRS – BN, jadi kita bergantung ataupun menghormati perjanjian ini.

“Saya telah nyatakan kepada pimpinan di peringkat persekutuan sama ada BN atau pun pimpinan Perikatan Nasional (PN) jangan ganggu kita di Sabah, kita pegang kepada persefahaman dan janji ini, sebab kita ada tiga tahun lagi untuk memerintah, buat apa kita gaduh kita mahu satu keadaan yang stabil supaya kita dapat merancang dan melaksanakan program-program yang di bawah insiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) ini dan mereka faham,” tegasnya.

Disebabkan persefahaman kedua-dua pihak, Hajiji yakin calon GRS dan BN tidak ada pertembungan dalam meletakkan calon pada PRU15 ini.

“Kita sudah buat persefahaman kita tidak boleh bertanding antara satu sama lain itu persefahaman kita, di mana calon GRS bertanding BN kena sokong dan dimana calon BN tanding GRS kena sokong itu prinsip kerjasama kita.

“Kita mesti ada satu jajaran atau konsep politik di Sabah ini, saya harap tidak perlulah berlawan, musuh utama kita ialah pihak pembangkang Warisan, DAP, PH dan lain-lain, jadi BN dan GRS adalah satu blok kerajaan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *