HomeIsu tempatan147 penyertaan dari tiga buah negara sertai IBIEC 2022

147 penyertaan dari tiga buah negara sertai IBIEC 2022

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 147 penyertaan dari tiga buah negara terdiri daripada institusi pengajian dan juga industri dalam dan luar negara menyertai  ‘International Borneo Innovation Exhibition and Competition (IBIEC)’ 2022 yang diadakan secara atas talian.

Pertandingan yang diadakan di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) selaku tuan rumah itu telah berlangsung selama dua hari bermula semalam dimana Politeknik Negeri Sriwijaya merupakan penganjur utama IBIEC 2022.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK Dr. Riam Chau Mai berkata, IBIEC 2022 membuka peluang untuk para peserta untuk mempamerkan bakat dan kreativiti.

Katanya, ia adalah berdasarkan keupayaan mencipta produk atau perkhidmatan inovatif dan kreatif yang boleh dilaksanakan untuk manfaat bersama.

“Di sinilah platform yang terbaik untuk pihak industri, kerajaan, golongan akademik dan komuniti berinteraksi bagi tujuan pengkomersilan inovasi atau perkhidmatan baharu dan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PKK Dullah Muluk berkata, tema ‘Transforming Innovation into Opportunities: Embracing IR 4.0’ bersesuaian dengan objektif pelaksanaan IBIEC 2022 untuk mengenal pasti projek berpotensi untuk tujuan pengkomersilan.

“IBIEC 2022 bertindak sebagai katalis kepada para penyelidik dan perekacipta untuk meningkatkan keberkesanan usaha pengkomersilan menerusi kerjasama sinergi pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Hadir sama secara maya, Direktur Politeknik Negeri Sriwijaya Indonesia, Dr. Ing. Ahmad Taqwa, M.T., Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak Mohd Daim, dan peserta IBIEC 2022 dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular