HomeIsu tempatan200 kanak-kanak meriahkan Majlis Jamuan Teh

200 kanak-kanak meriahkan Majlis Jamuan Teh

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Seramai 200 kanak-kanak diraikan dalam satu Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-69 Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Tun Juhar menyampaikan bantuan kewangan RM1,000 kepada sembilan institusi kebajikan di Sabah.

Antara yang menerima Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan, Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah serta Sabah Society For The Deaf.

Selain itu, turut menerima, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan Kem Lok Kawi turut menerima bantuan kewangan bersama dengan Sekolah Pendidikan Khas Pekan Tuaran serta Sekolah Pendidikan Khas Kota Kinabalu.

Majlis diserikan dengan enam persembahan tarian pelbagai suku etnik pelajar-pelajar sekolah rendah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan, SK Lingga Baru (Sekolah Berprestasi Tinggi) Tuaran dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) St James, SK Kolapis, SK Jambongan dan SK Bundu Apin-Apin.

Tidak ketinggalan, persembahan nyanyian daripada pelajar SK Padang Berempah, Sipitang, Qahirah Maisyarah Syahlil dan murid SK Lahad Datu 2, Sham Badrin Embakri.

Turut berlangsung, agihan kek hari jadi dan buah tangan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah R.M Jasni kepada kanak-kanak yang hadir.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya