HomeIsu tempatanLana, Guru Pendidikan Khas Menang World Changer Award

Lana, Guru Pendidikan Khas Menang World Changer Award

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Lana Abon telah dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Oktober 2022 oleh Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas.

Lana, 30, merupakan seorang guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, mengajar pelajar yang mengalami masalah pendengaran dan masalah pembelajaran di kolej itu.

Menurut pengarah kolej berkenaan Johari @ Jaibet Sabin, antara usaha Cikgu Lana, beliau telah berjaya melatih beberapa pelajar berkeperluan khas untuk menyertai pertandingan Bahasa Inggeris paling berprestij di Asia iaitu Asian English Olympics pada tahun 2021.

“Ketiga-tiga pelajar yang dibimbingnya itu telah bertanding dalam kategori penceritaan. Pencapaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah memecahkan satu lagi halangan bagi pelajar berkeperluan khas di rantau ini yang membuktikan bahawa pelajar sebegini boleh bersaing dalam acara yang sering dikhaskan untuk pelajar bukan kurang upaya.

“Dalam pada itu, Cikgu Lana juga kerap melaksanakan lawatan sambil belajar khusus untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas agar mereka berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Negeri Sabah yang membolehkan mereka mendapatkan pengalaman dan pendedahan dengan dunia luar,” kata Johari dalam kenyataannya hari ini.

Johari berkata, guru-guru pendidikan khas di institut tersebut sangat berdedikasi untuk memberi pendidikan yang berkualiti dan peluang kepada para pelajar mereka agar dapat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan.

“Malah ramai pelajar berkeperluan khas kolej itu telah berjaya merangkul kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni dan inovasi,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya