HomeIsu tempatanMurid maut dihempap palang besi tiang gol

Murid maut dihempap palang besi tiang gol

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang murid lelaki maut dipercayai dihempap palang besi tiang gol dalam satu kejadian di padang bola Pekan Menggatal pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Mohd Zaidi Abdullah berkata, semasa kejadian itu pada Khamis (20 Okt 2022) jam lebih kurang 12.20 tengah hari itu pengadu seorang lelaki berada di padang bola Pekan Manggatal untuk melihat aktiviti Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Luk Yuk.

“Semasa berada di padang itu, pengadu telah ternampak pelajar berkumpul dan apabila pengadu menghampiri mereka, beliau mendapati seorang budak iaitu anak pengadu dalam keadaan terbaring kerana dihempap oleh palang besi tiang gol.

“Seterusnya guru yang berada di lokasi telah menghubungi 999 dan anak pengadu dihantar menaiki ambulan ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan namun mangsa telah disahkan meninggal kerana kecederaan di bahagian kepala akibat terhempap palang besi tiang gol,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda unsur perbuatan jenayah.

“Kematian mangsa yang berumur 11 tahun itu dipercayai berpunca akibat kemalangan terhempap palang besi tiang gol dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (sdr). Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular