HomeUtamaPPKS hargai peruntukan khas Kerajaan Negeri

PPKS hargai peruntukan khas Kerajaan Negeri

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) akan terus memperkasakan pertubuhan itu menerusi aktiviti yang bakal diadakan di seluruh negeri.

Presidennya Datuk Wilfred Lingham berkata, pihaknya turut menghargai jasa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas penyaluran geran peruntukan khas sebanyak RM100,000 kepada pertubuhan berkenaan.

“Antara aktiviti berkenaan adalah berkaitan dengan isu kesihatan seperti kesunyian, tekanan dan masalah pendengaran dalam kalangan pesara warga emas.

“Masalah pendengaran merupakan isu kesihatan utama dalam kalangan pesara warga emas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, program seperti seminar juga bakal diadakan di daerah-daerah utama dimana speaker profesional akan dijemput bagi menyampaikan ceramah kesihatan.

Tambahnya ia termasuklah melaksanakan aktviti motivasi serta pengurusan kewangan kepada ahli-ahli persatuan ini.

“Selain itu geran tambahan berkenaan juga akan digunakan bagi membaiki dan membina semula kuaters yang dibenarkan kerajaan untuk dijadikan pejabat persatuan itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya