PRU15: Tiada hitam putih GRS, KDM putuskan bergerak solo

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tidak diterima sebagai rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini mengumumkan akan bergerak secara solo sekali gus bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) ini.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, beliau merasakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti tidak menerima parti KDM sebagai rakan GRS walaupun sebelum ini pihak KDM telah memohon untuk menyertai GRS.

“Bagi saya di peringkat parti KDM juga mempunyai perancangan oleh kerana mereka (GRS) juga tidak menerima kita sebagai rakan dalam GRS, jadi di peringkat kita ini kita mesra kepada kerajaan tetapi perjuangan di peringkat parti ini kita kena teruskan.

“Kalau kita lihat pada ketika ini terpaksa lah kita lakukan sedemikan oleh kerana tidak ada hitam putih pihak GRS, maka kita akan bergerak solo dalam PRU15 ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amal Makan Malam Solidariti Bahagian P. 172 Kota Kinabalu pada Jumaat malam.

Dalam pada itu Peter turut memberi gambaran sekurang-kurangnya empat calon KDM bagi kerusi Parlimen Sabah yang dikenal pasti bersedia untuk bertanding pada PRU15 ini.

“Calon-calon kita telah pun bersedia untuk bertanding di peringkat Sabah,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *