HomePendapatKerajaan wajar nilai isu bekalan telur ayam, ambil pendekatan jangka masa panjang.

Kerajaan wajar nilai isu bekalan telur ayam, ambil pendekatan jangka masa panjang.

Read Time:4 Minute, 34 Second

Wan Azrain Adnan

1.         Pada 1 November 2022, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kadar subsidi telur ayam dinaikkan sebanyak 2 sen, daripada 8 sen sebiji kepada 10 sen sebiji bagi telur ayam gred A, B dan C.

2.         Ini merupakan kenaikan kedua subsidi telur ayam dalam tempoh 1 bulan. Pada awal Oktober 2022, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk subsidi harga kawalan telur ayam gred A, B dan C dinaikkan sebanyak 3 sen kepada 8 sen sebiji.

3.         Ketika itu, walaupun subsidi harga telur ayam telah dinaikkan kepada 8 sen sebiji, pengeluar telur ayam merungut kerana jumlah subsidi tersebut masih belum dapat menampung kos pengeluaran telur ayam yang telah meningkat dengan ketara. Ramai pengeluar telur ayam telah mengalami kerugian serta menghadapi masalah aliran tunai yang kritikal. Keadaan ini telah memaksa ramai pengeluar telur ayam, terutamanya bersaiz kecil dan sederhana, untuk mengecilkan operasi, seterusnya menyebabkan kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

4.         Malah pengeluar telur ayam telah mencadangkan agar harga telur ayam di apungkan mengikut kuasa pasaran. Menurut Timbalan Presiden Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia, isu bekalan telur ayam tidak akan bertambah baik sekiranya harga telur ayam masih di kawal oleh Kerajaan Malaysia, dan tidak di apungkan mengikut kuasa pasaran. Cadangan tersebut wajar di teliti secara terperinci oleh kerajaan untuk menyediakan situasi yang dapat mengimbangi antara kemampuan pengguna untuk membeli (affordability) dan kemampuan penternak untuk membekal (availability).

5.         Menurut laporan media, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi, menyatakan bahawa purata kos pengeluaran telur ayam ialah 51 sen sebiji. Ini bermakna, dengan kadar subsidi terbaru sebanyak 10 sen sebiji, kos pengeluaran telur ayam yang di tanggung oleh penternak ialah sebanyak 41 sen sebiji.

6.         Namun begitu, harga siling telur ayam masih di kekalkan pada harga semasa iaitu: gred A – RM 0.45/biji, gred B – RM 0.43/biji, dan gred C – 0.41/biji. Justeru itu, bagaimanakah keuntungan boleh dibuat sekiranya harga siling telur ayam masih kekal pada harga tersebut? Adakah kenaikan terbaru subsidi ini akan dapat menggalakkan pengeluar telur ayam untuk meningkatkan bekalan telur ayam di pasaran? Kemungkinan tidak.

7.         Kenaikan subsidi telur ayam sebanyak 2 kali di dalam tempoh sebulan menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan Malaysia masih belum berjaya untuk menstabilkan bekalan telur ayam di pasaran. Walaupun Kerajaan Malaysia di lihat sebagai prihatin terhadap isu yang di hadapi oleh pengeluar telur ayam, namun begitu tindakan kerajaan belum menepati keluhan serta cadangan yang disuarakan. Ini penting kerana sebarang jalan penyelesaian di jangka mengambil masa yang lama untuk memberi kesan.

8.         Mengikut maklumat industri, ianya mengambil masa lebih kurang 28 minggu (7 bulan) untuk menghasilkan telur ayam. Ini bermakna sebarang tindakan yang di ambil oleh pengeluar telur ayam akan mengambil masa yang lama untuk memberi hasil.

9.         Justeru itu, Kerajaan Malaysia wajar menilai isu bekalan telur ayam ini dengan mengambil pendekatan jangka masa panjang. Apa jua keputusan serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada industri telur ayam hanya dapat memberi kesan selepas lebih dari setengah tahun. Oleh yang demikian, isu bekalan telur ayam tidak akan selesai dalam masa terdekat, malah sudah pasti akan berlanjutan sehingga tahun hadapan.

10.       Sekiranya isu bekalan telur ayam ini berpanjangan, kos subsidi telur ayam yang harus di tanggung oleh Kerajaan Malaysia juga akan meningkat. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, dari bulan Februari 2022 hingga September 2022, Kerajaan Malaysia telah memberikan peruntukan subsidi ayam dan telur sejumlah RM1.233 bilion. Malah menurut Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi, kos subsidi ayam dan telur ayam di jangka berjumlah sebanyak RM 600 juta dari Oktober hingga Disember 2022. Ini adalah jumlah subsidi yang besar untuk tempoh masa 3 bulan sahaja!

11.       Jumlah subsidi yang besar sebegini akan memberi tekanan kepada kewangan negara. Tambahan lagi, nilai mata-wang Ringgit Malaysia yang terus merundum berbanding US Dollar akan menyebabkan kos impot makanan ayam meningkat. Ini akan merumitkan lagi usaha untuk menyelesaikan isu bekalan telur ayam memandangkan kos makanan ayam meliputi 70% daripada kos penternakan ayam.

12.       Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2021, Kadar Sara Diri atau Self-Sufficiency Rate (SSR) untuk telur ayam & itik adalah 114.4%. Ini bermakna pengeluaran telur ayam & itik melebihi permintaan dalam negara. Malah untuk kategori haiwan ternakan, SSR untuk telur ayam & itik ini merupakan kedua tertinggi selepas SSR untuk daging itik (130.6%). Data ini jelas menunjukkan bahawa negara mempunyai kapasiti untuk menghasilkan telur ayam yang mencukupi bagi memenuhi permintaan dalam negara, sekiranya isu kos pengeluaran dapat di tangani dengan efektif dan mampan.

13.       Ayam dan telur ayam merupakan sumber protein utama rakyat Malaysia. Pada tahun 2021, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa seorang rakyat Malaysia makan sebanyak 46.1 kg daging ayam setahun, dan 20.8 kg (347 biji) telur ayam & itik setahun.

14.       Justeru itu, harga serta bekalan sumber protein utama tersebut mesti dikawal-selia oleh Kerajaan Malaysia dengan bijaksana. Agenda keselamatan makanan negara serta kesihatan rakyat Malaysia diutamakan.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya