HomeUtamaLo pernah wakaf tanah untuk tapak masjid - Nizam

Lo pernah wakaf tanah untuk tapak masjid – Nizam

Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tawau, Lo Su Fui pernah menyumbang sebahagian tanahnya untuk diwakafkan sebagai tapak masjid di Bandar Sri Indah (BSI) Fasa 5, demikian didedahkan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, walau bukan beragama Islam namun Lo sanggup memberikan tanah selepas mendengar permasalahan disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Hamild Awang dan penduduk di taman berkenaan.

“Saya mahu cerita, ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, dulu punya cerita, ada isu berkaitan tapak masjid di BSI Fasa 5 kerana masjid yang sedia ada tidak mencukupi dan terlalu jauh untuk komuniti Islam di situ.

“Penduduk minta tapak masjid dari pemaju namun pemaju tidak ada tapak dan Datuk Hamild tercerita isu ini dengan Lo dan Lo memberitahu beliau mempunyai tanah di kawasan itu,” katanya ketika Sesi Calon GRS dan PAS Sabah Bertemu Media di sini.

Nizam yang juga Ketua Penyelaras GRS Tawau berkata, Lo tanpa desakan atau permintaan mana-mana pihak terus memberitahu hasrat untuk menyumbang sebahagian tanahnya itu mengikut keperluan tapak masjid berkenaan.

“Pemimpin seperti ini yang kita perlukan yang melangkaui perbezaan agama dan kaum untuk saling membantu, sebab itu saya minta pengundi bumiputera pastikan undi hanya kepada Lo iaitu pemimpin yang berjiwa besar.

“Bukan pemimpin yang sudah menjadi wakil rakyat tetapi hilang lima tahun dan muncul semula ketika pilihan raya,” ujarnya.

Jelasnya, di pihak jentera GRS kini digerakkan ke masjid-masjid untuk program kefahaman kerana terdapat pihak yang menghasut dengan mempersoal calon bukan bumiputera dan bukan beragama Islam.

“Kita mahu tunjuk bahawa negara kita ini hidup berbilang kaum dan agama, kita mahu tunjuk walaupun calon GRS Tawau bukan muslim tetapi Lo di bawah naungan saya sebagai Ketua di Tawau.

“Dia di bawah naungan Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi GRS, jadi undi kepada Lo sebenarnya undi kepada saya, undi kepada Ketua Menteri dan sepatutnya tidak ada isu agama, kaum di sini,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya