HomeUtamaPengundi muda harus lengkapkan diri dengan ilmu, berani, sedia untuk cipta sejarah...

Pengundi muda harus lengkapkan diri dengan ilmu, berani, sedia untuk cipta sejarah – Dr Ruddy

Read Time:1 Minute, 8 Second

KUDAT: Pengundi dikalangan generasi muda merupakan antara penentu bagi merealisasikan satu transformasi atau perubahan negara di masa hadapan.

Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kudat yang juga calon GRS Parlimen P. 167 Kudat, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata pengundi muda harus melengkapkan diri dengan berani dan seterusnya bersedia untuk mencipta sejarah.

“Mereka perlu tidak mudah terpesong dan percaya dengan omongan kosong pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang tidak pasti.

“Terus berani dan bangkit kerana kita sedang berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalam perjuangan pilihan raya dan pilihan kita menentukan jatuh bangun Parlimen P.167 Kudat,”katanya pada Himpunan Anak Muda P.167 Kudat disini, pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Pemuda GRS Kudat, Asmey Ruddy berkata Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini sangat mencabar kerana pengundi muda sekarang terdedah dengan dunia digital di mana khabar angin sangat mudah disebar.

“Aliran maklumat yang pantas dan bebas menjadikan landskap politik negara yang jauh berbeza dari sebelumnya.

“Ia juga lebih mencabar dan memberi kesan kepada kesedaran dan kematangan politik pengundi muda.

“Oleh itu, generasi muda perlu bersatu dan bangkit menyahut cabaran ini serta segala helah pembangkang dapat ditepis seterusnya memastikan kemenangan calon GRS Parlimen P.167 Kudat berjaya dicapai,”katanya.

Himpunan Anak Muda P.167 anjuran GRS yang diadakan sehari ini diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik seperti sukan rakyat, servis motor percuma, sesi dialog dan persembahan artis.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular