Calon GRS dan PKDM sempat bersapa di tamu mingguan Kota Marudu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA MARUDU: Seteru politik calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan lawan beliau Datuk Wetrom Bahanda sempat bertanya khabar ketika melakukan tinjauan mesra (walkabout) di tamu mingguan, di sini, hari ini.

Wetrom, calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), bertanya “OK ah?”, dan dibalas Maximus: “OK.”

Kedua-duanya berjabat tangan dan Wetrom kedengaran berkata: “sila, sila, sila…”, sambil membuka laluan untuk Maximus meneruskan walkaboutnya.

Terdahulu, Maximus disambut penyokong MUDA, yang juga berada di kawasan tersebut untuk berkempen, namun calon mereka Shahrizal Denci dilihat sibuk berbual dengan penjual.

Sambutan terhadap Maximus hangat, dengan ramai yang mengambil peluang berswafoto bersama penyandang ahli parlimen itu.

Malah ada yang kedengaran berkata: “Jaga diri Datuk Seri, kami sentiasa sokong Datuk Seri,” dan Maximus tersenyum menjawab “terima kasih”.

Maximus bersaing enam penjuru, menentang Wetrom, Shahrizal, Datuk Jilid Kuminding (Parti Warisan Sabah), Mohd Azmie Zulkiflee dari Pejuang Tanah Air dan calon bebas tunggal, Norman Tulang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *