HomeIsu tempatanInstitut Confucius UMS pergiat promosi pengajaran bahasa Cina di Sabah

Institut Confucius UMS pergiat promosi pengajaran bahasa Cina di Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Institut Confucius (CI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat menjalin kerjasama lebih erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam mempromosi pengajaran bahasa Cina kepada para pelajar sekolah di Sabah.

Pengarah CI UMS, Profesor Dr. Low Kok On berkata, pihaknya juga berbesar hati untuk menganjurkan aktiviti berkaitan bahasa dan budaya Cina di sekolah-sekolah di negeri ini bagi memanfaatkan lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

Katanya, setakat ini CI UMS telah menawarkan kursus Bahasa Cina tahap satu secara percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort.

“CI UMS memohon kebenaran dan sokongan daripada JPNS untuk membenarkan kami mempromosi pengajaran Bahasa Cina Han Yu Shui Pin Kao Shi (HSK) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Pelajar yang fasih berbahasa Cina dan memperolehi kelulusan sekurang-kurangnya HSK tahap empat berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti di China kelak.

“Oleh itu CI UMS merancang untuk membuka lebih banyak kelas Bahasa Cina yang sedemikian kepada sekolah-sekolah lain di Sabah,” katanya ketika mengetuai rombongan lawatan kepada Pengarah JPNS, Datuk Tah Nia Jaman, baru-baru ini.

Katanya, selain mempromosi Bahasa Cina, CI UMS juga berperanan membantu pelajar-pelajar di seluruh Sabah bagi memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di China.

CI UMS ditibuhkan di UMS pada tahun 2019 bagi mempromosi pengajaran Bahasa Cina kepada para pelajar universiti, pelajar sekolah dan orang awam di Sabah.

Pengambilan pelajar CI UMS adalah terbuka kepada seluruh warga Sabah di semua peringkat umur. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Jaminan kualiti perkhidmatan perkukuh prestasi organisasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular