HomeSukanPeluang Sabah FC ke Asia masih terbuka

Peluang Sabah FC ke Asia masih terbuka

Read Time:1 Minute, 34 Second

JOHOR BAHRU: Peluang Sabah FC untuk layak ke saingan Piala AFC musim depan masih terbuka sekiranya aksi perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukannya mungkin akan layak secara merit ke pentas Asia jika tidak ada perubahan yang dilakukan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada saat akhir.

“Saya harap kalau Terengganu layak dan JDT layak perlawanan akhir, dah tentu ini akan memberi kita slot yang terakhir untuk ke AFC.

“Jadi persiapan akan berlainan dimana kita tahu apabila bertanding dalam peringkat AFC, level berlainan dan apa yang kita pelajari pada tahun ini sudah tentu kita mahu perbaiki untuk memastikan kita berada dalam kelompok yang baik terutama dengan banyak pasukan pada tahun depan dalam Liga Super,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan Sabah FC menghadapi saingan musim depan, Kim Swee berkata, beberapa pemain baharu akan dibawa masuk bagi menguatkan posisi yang perlu diperkemaskan lagi.

Namun katanya, ia terpulang kepada pihak pengurusan kelab yang akan menentukan kerana tidak akan berbelanja besar.

Beliau juga tidak menafikan Sabah FC sedang mengadakan perbincangan dengan pemain Petaling Jaya City FC (PJ City FC) Darren Lok untuk menyertai pasukan itu pada musim depan namun enggan terlalu awal untuk mengumumkan.

“Darren sememangnya menjadi sasaran kami pada musim depan tapi kami masih dalam proses perbincangan malah ia membabitkan beberapa pemain yang dalam perancangan Sabah FC, apapun kami bukanlah kelab yang mewah dari aspek kewangan.

“Mengenai dua pemain pinjaman dari JDT, Irfan Fazail dan Stuart Wilkins, saya menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi bersama Sabah FC pada musim depan

“Malah mereka dapat minit permainan yang baik terutamanya Stuart yang menunjukkan prestasi baik sepanjang musim ini. Apapun kami tunggu keputusan dari pihak JDT sama ada membenarkan mereka beraksi bersama Sabah FC,” kata Kim Swee. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya