JPKA kesan waris kanak-kanak lelaki diabaikan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

KINABATANGAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sedang mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa pengabaian.

Pelindung Kanak-kanak dari Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am, Daerah Kota Kinabatangan Musminah Mustain berkata, pihaknya menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kepada kanak-kanak bernama Muhammad Atta yang kini berumur 1 tahun 5 bulan (lahir pada 4 Mei 2021).

Beliau berkata dalam laporan polis bertarikh 3 Ogos 2022 oleh pengadu dikenali sebagai Nur Intan Nurain yang merupakan penjaga kanak-kanak terbabit menyatakan bahawa seorang ibu bernama Nur Anna Bani, berbangsa Suluk dan tinggal di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu memberikan kanak kanak berusia 1 hari kepada beliau (pengadu) di Kampung Inanam Laut pada 2021.

“Ibu kandung memberikan kanak-kanak kepada pengadu kerana tidak mampu untuk menjaga kanak-kanak disebabkan masalah kewangan, oleh sebab itu, pengadu bersetuju menerima dan memberi penjagaan kepada kanak-kanak berkenaan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, ibu bapa kandung kanak-kanak tidak dapat dihubungi dan ditemui selepas mereka menyerahkan kanak-kanak kepada pengadu.

Sehubungan itu, beliau meminta waris tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini.

Kes ini sedang diambil tindakan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Musminah di pejabatnya di Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am, Daerah Kota Kinabatangan, Bangunan Urusetia, Aras Bawah WDT 3, Kota Kinabatangan melalui talian 089-561873.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *