HomeIsu tempatanAnak gajah lintas jalan maut dirempuh Viva 

Anak gajah lintas jalan maut dirempuh Viva 

Read Time:32 Second

LAHAD DATU — Seekor anak gajah mati selepas dirempuh kereta Perodua Viva dalam kejadian di Kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan, Sabah.

Dalam kemalangan 2.16 pagi, anak gajah itu mati di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Sylvester Saimin, berkata ketika kejadian anak gajah itu dikatakan sedang melintas jalan di lokasi berkenaan.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu kereta tidak dapat mengelak lalu melanggar anak gajah itu.

“Kakitangan JHL Lahad Datu melakukan bedah siasat dan kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pemandu kereta iaitu seorang lelaki tempatan tidak mengalami kecederaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya