HomeSukanSabah FC bentuk pasukan terbaik musim depan

Sabah FC bentuk pasukan terbaik musim depan

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Semua pemain Sabah FC akan dinilai semula sebelum senarai akhir diputuskan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan termasuk kejohnan Piala AFC 2023.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau akan mengambil keputusan sama ada mengekalkan atau menggugurkan mana-mana pemain selepas penilaian dilakukan sebelum saingan bermula.

Katanya, ini termasuklah akan menambahbaik pemain bagi memastikan Sabah FC tampil dengan barisan terbvaik musim depan.

“Saya harap sesiapa yang dikekalkan dapat terus bersama, kita tahu bukan mudah untuk mendapatkan pemain kerana banyak pasukan juga akan membuat penambahbaikan untuk pasukan masing-masing.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik bagi saya walaupun setahun kita bersama-sama tetapi para pemain telah berusaha dengan begitu baik.

“Kita ucapkan terima kasih atas sokongan daripada Presiden, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Firdaus Akhbar Khan termasuk pengurus pasukan, Marzuki Nasir yang selalu bersama-sama pasukan.

“Ini menjadikan kita layak walaupun dengan slot ketiga tetapi saya percaya walaupun lambat itu satu pencapaian yang cukup positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata, persiapan awal perlu dijalankan walaupun kejohanan Piala AFC hanya akan bermula pada pertengahan tahun depan

“Pada awal musim kita harus mengenalpasti kekuatan serta setiap kelemahan dan ini memberi kelebihan kepada Sabah FC.

“Apa yang penting di sini, saya berharap semua pemain Sabah FC sentiasa cergas kerana kita akan melalui proses amat padat dengan jadual-jadual liga, Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala AFC,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya