HomeUtamaKlip Video Bendera Malaysia-Israel Dikibar Bersama, Polis Buka Kertas Siasatan 

Klip Video Bendera Malaysia-Israel Dikibar Bersama, Polis Buka Kertas Siasatan 

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran klip video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan pada jam 11.20 malam kelmarin.

Jelas beliau, pengadu memaklumkan terlihat rakaman video berdurasi 47 saat itu di dalam satu kumpulan Whatsapp sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada September lalu ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, satu kertas siasatan dibuka dan kes telah disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Aka Komunikasi Dan Multimedia 1988.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

Katanya, ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang melakukan lawatan sambil menyanyikan lagu kebangsaan selain bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel.

Menerusi rakaman video telefon pintar oleh salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, mereka dipercayai berada di atas sebuah bot untuk menuju ke satu tempat.

Berdasarkan video berdurasi 47 saat itu, kelihatan mereka dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan sambil melihat ke arah Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang terletak di bahagian hadapan bot.

Seorang pengguna sosial media @IggyJerryboy di Twitter, turut memuat naik satu ciapan tentang situasi tersebut.

“Ini adalah satu aktiviti oleh pemilik bot di Sea of Galilee untuk semua penganut Kristian yang pergi menjalankan aktiviti ziarah agama di Jerusalem, Israel.

“Aktiviti ini dibuat hanya untuk menaikan semangat pengunjung dari Malaysia, sifat kekitaan sesama warga Malaysia tidak ada yang lebih dari itu,” katanya di Twitter.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya