HomeIsu tempatanUSIA Pusat ziarah pewakaf tapak tanah PLD USIA-Albukhary

USIA Pusat ziarah pewakaf tapak tanah PLD USIA-Albukhary

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA MARUDU: Pewakaf tapak tanah Pusat Latihan Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)-Albukhary, Ali Akbar Olong menerima sumbangan daripada pertubuhan itu selepas kediamannya rosak dilanda ribut pada 24 November lalu.

Kediaman Ali Akbar yang terletak di Kampung Marasinsim di sini itu turut menerima kunjungan ziarah USIA yang diketuai Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad dan disertai beberapa ahli jawatankuasa USIA Bahagian Kota Marudu.

Ali Akbar merupakan pewakaf tanah bagi tapak Pusat Latihan Dakwah (PLD) USIA-AlBukhary.

Sapawi berkata, pahala mewakafkan tanah untuk pembinaan institusi agama amat besar ganjarannya dan ia mengalir bagaikan sungai tanpa henti.

“Kita rasa bersyukur kerana tanah yang diwakafkan oleh beliau membantu meringankan beban USIA mendapatkan tanah untuk membina PLD ini.

“Kami berdoa agar amal jariah yang beliau (Ali Akbar) telah sumbangkan diberikan ganjaran bak sungai yang mengalir selama pusat latihan itu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat,” katanya.

Mengenai bencana ribut yang melanda, Sapawi berharap keluarga berkenaan tabah menghadapinya.

“Ribut ini ujian daripada Allah Ta`ala, kita sebagai hamba perlu bersabar menempuhi ujian dan pasti ada hikmah di sebalik ujian tersebut,” katanya.

Ketika dalam perjalanan balik, rombongan USIA itu sempat singgah di PLD dan melihat keadaan pagar yang rosak akibat dilanda ribut berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya