HomeUtamaMangsa air pasang, banjir di empat daerah di Sabah kembali meningkat

Mangsa air pasang, banjir di empat daerah di Sabah kembali meningkat

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Mangsa air pasang besar dan banjir di Sabah kembali meningkat khususnya di daerah Pitas menjadikan kumulatif mangsa yang ditempatkan di 10 buah pusat penempatan sementara (PPS) seramai 1,647 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, setakat jam 4 petang tadi, daerah Pitas mencatatkan peningkatan seramai 23 mangsa menjadikan jumlah yang ditempatkan di enam PPS adalah seramai 768 orang daripada 177 ketua isi rumah (KIR).

Tiga lagi daerah iaitu Sandakan; Kota Kinabalu dan Kota Belud kekal merekodkan jumlah mangsa air pasang besar dan banjir.

“Sandakan menjadi menjadi daerah kedua tertinggi mencatatkan jumlah mangsa air pasang besar iaitu seramai 684 mangsa melibatkan 122 KIR dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2.

“Bagi Kota Belud pula, seramai 139 mangsa ditempatkan di dua buah PPS iaitu di Dewan SK Pekan (62 mangsa) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (77 mangsa),”menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Kota Kinabalu pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS juga kekal dengan jumlah sebelum ini iaitu seramai 54 mangsa daripada 15 KIR.

Antara PPS yang dibuka di Pitas ialah Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (297 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (16 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (57 mangsa).

“Bagi daerah Kota Kinabalu pula, seramai 54 mangsa melibatkan 15 KIR yang terjejas dengan air pasang besar ditempatkan di PPS Dewan Muhibbah Sembulan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya