Kaligrafi Cina rapatkan jurang kaum

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

KLANG: Menjelang Tahun Baharu Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Min, Telok Gong, Klang telah mengadakan Pertandingan Kaligrafi Cina untuk murid-murid di sekolah itu pada Sabtu lalu.

Kira-kira 100 murid menyertai pertandingan kaligrafi tersebut.

Guru-guru serta murid-murid SJKC Lee Min bergambar setelah selesai menyambut perayaan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah.

Menurut Lee Chin Heng (Wen Fei ) yang merupakan guru kaligrafi di Eden Art Studio Klang, kesenian Cina ini diserikan dengan perkataan-perkataan berunsur positif dan baik dalam mengharungi kehidupan seharian.

ILee Chin Heng (Wen Fei ) menulis kata-kata indah dengan seni kaligrafi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di SJKC Lee Min.

Katanya, dekorasi berasaskan kaligrafi Cina sering menjadi pilihan masyarakat Tionghua sebagai satu bentuk hiasan bagi memeriahkan suasana perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia.

Guru Besar SJKC Lee Min bergambar bersama murid semasa pertandingan kaligrafi dijalankan.

“Pertandingan Kaligrafi Cina ini bukan sahaja disertai murid dari kaum Cina tetapi juga murid berbangsa Melayu juga turut sama menyertainya sekali gus merapatkan jurang kaum antara masyarakat setempat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *