HomeUtamaFLFAM beri jaminan bekalan ayam, telur akan pulih bulan ini

FLFAM beri jaminan bekalan ayam, telur akan pulih bulan ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTRAJAYA : Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal serta mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

Jaminan itu diberikan FLFAM menerusi satu pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu di Putrajaya pada Khamis lalu.

Pertemuan FLFAM bersama Mohamad Sabu itu telah diketuai Presidennya Tan Chee Hee dan turut dihadiri Ketua Setiausaha MAFS Datuk Lokman Hakim Ali.

Pertemuan itu juga bertujuan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur. MAFS menerusi satu kenyataan berkata, beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama.

“Antaranya ialah harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat.

“Selain itu, keperluan bagi meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup turut dibincangkan selain isu aliran tunai di kalangan penternak.

“FLFAM turut membangkitkan jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran menerusi pertemuan itu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MAFS berkata, FLFAM sebelum ini juga telah menyatakan komitmen dan jaminan itu dalam siaran media FLFAM pada semalam.

“FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada Kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.

“MAFS akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya