HomeUtamaBanjir : Tawau, Telupid daerah terbaharu terjejas banjir

Banjir : Tawau, Telupid daerah terbaharu terjejas banjir

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Tawau dan Telupid menjadi daerah terbaharu yang terjejas banjir di negeri ini selain tiga daerah lain menjadikan jumlah mangsa terlibat meningkat kepada 6,843 mangsa daripada 2,412 ketua isi rumah (KIR) setakat jam 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, tiga daerah lain yang terjejas ialah Paitan; Pitas dan Kota Marudu.

“Setakat jam 8 pagi tadi, Tawau merekodkan jumlah mangsa seramai 109 mangsa daripada 24 KIR manakala Telupid adalah seramai 24 mangsa melibatkan lima mangsa.

“Tiga daerah lain tidak mengalami perubahan jumlah mangsa yang banyak selain 27 pusat penempatan sementara (PPS) di lima daerah terlibat banjir,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Kota Marudu kekal merekodkan angka mangsa tertinggi iaitu seramai 4,789 mangsa; Pitas (1,201 mangsa); Paitan (720 mangsa); Tawau (109 mangsa) dan Telupid (24 mangsa).

Selain itu, 10 buah PPS di buka di daerah Paitan manakala lima PPS turut dibuka di Pitas.

Bagi daerah Kota Marudu, sebanyak 10 buah PPS telah dibuka untuk tujuan pemindahan mangsa selain turut dibuka di Telupid (dua PPS) dan satu di Tawau.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan dengan pertambahan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya