HomeUtamaPeniaga bazar Ramadan diingatkan amal integriti, jual dengan harga berpatutan

Peniaga bazar Ramadan diingatkan amal integriti, jual dengan harga berpatutan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Para peniaga khususnya di bazar Ramadan diingatkan untuk sentiasa mengamalkan integriti dan menjual dengan harga yang berpatutan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, aspek kebersihan serta kualiti juadah yang dijual juga perlu dipastikan demi kesejahteraan para pembeli.

“Para peniaga seharusnya berniaga secara berhemah iaitu menjual dengan harga yang berpatutan, bersih dan penuh integriti. Ini kerana pada Ramadan lepas, kita menerima aduan daripada pembeli berkaitan kes juadah yang dijual telah rosak atau basi sama ada disedari atau tidak.

“Oleh itu, para peniaga bazar ramadan perlu sentiasa peka terhadap kualiti juadah yang mereka jual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Masjid Al Mawaddah Taman Seri Gaya di sini semalam.

Shahelmey turut menasihatkan orang ramai yang mengunjungi bazar ramadan supaya mematuhi peraturan keselamatan di jalan raya.

“Apabila meletakkan kenderaan, letaklah dengan berhemah dan jangan pentingkan diri sendiri hingga menyebabkan kesukaran kepada pengunjung-pengunjung lain,” katanya.

Surau Al Mawaddah yang dibina sejak tahun 2011 itu, kini telah dinaik taraf sebagai masjid mulai tahun 2019 dengan kapasiti 400 hingga 500 jemaah dari sekitar Taman Seri Gaya, Luyang dan  pejabat-pejabat kerajaan yang berhampiran.

Katanya, masjid tersebut bukan sahaja sebagai tempat solat, mengaji dan acara keagamaan, tetapi juga dijadikan sebagai pusat pertemuan umat Islam untuk mengeratkan silaturahim menerusi aktiviti sukan, riadah serta aktivti perniagaan seperti warung dan pusat cuci kereta yang hasilnya dikembalikan semula kepada pihak masjid.

Antara yang hadir, Timbalan Mufti Negeri, Datuk Abdul Manap Lakariba, Pengerusi Masjid Al Mawaddah, Datuk Abdullah Sibil.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular