HomeIsu tempatanKem ‘Dare to Lead’ UMS platform lahirkan pemimpin muda

Kem ‘Dare to Lead’ UMS platform lahirkan pemimpin muda

Read Time:56 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (PMPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Mahasiswa, baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu dihadiri oleh seramai 29 peserta yang terdiri daripada pemimpin persatuan dan kelab di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakauanan (FPEP) UMS.

Menurut Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim, program ‘Dare to Lead’ itu diadakan bertujuan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan barisan kepimpinan persatuan mahasiswa melalui pelbagai modul dan pengisian aktiviti latihan dalam kolompok (LDK) yang dikendalikan oleh dua orang fasilitator bertauliah.

“Program yang dianjurkan ini dapat memupuk rasa kebersamaan dan kerjasama dalam sesebuah persatuan ataupun organisasi.

“Selain itu ianya dapat menyerlahkan jati diri dan kualliti kepimpinan melalui pelbagai modul kepimpinan, komunikasi dan organisasi yang diterapkan,” ujar beliau.

Program tersebut turut mendapat sokongan penuh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Turut hadir, Pengarah Pusat Alumni, Dr. Arif Kamisan Pusiran dan Pengarah Program merangkap wakil MPP, Pirdyro Sabinus.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular