HomeUtamaKPWKM lancar garis panduan lindungi kanak-kanak

KPWKM lancar garis panduan lindungi kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan garis panduan untuk terus lindungi kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Garis Panduan Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Perlindungan Kanak-Kanak ini diwujudkan bagi memastikan kesesuaian penempatan kanak-kanak di bawah ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) terjamin.

“Penambahbaikan daripada garisan panduan sebelum ini diperkuatkan lagi dengan memberi latihan berterusan kepada pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini perlu kerana mereka merupakan individu yang bertanggungjawab mengesyorkan sama ada OYLS itu layak atau tidak untuk menjadi pemelihara kepada kanak-kanak tersebut.

“Melalui garis panduan dan latihan ini juga dipercayai akan dapat memberikan lebih keyakinan dan ilmu kepada mereka dan diharapkan mereka akan dapat terus mengamalkan empati tinggi semasa melaksanakan tugas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Town Hall Bersama Pelindung dan Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Pemeliharaan dan Perlindungan Kanak-kanak di sini, semalam.

Nancy berkata, JKM turut memperkenalkan sistem saringan penggunaan Penaksiran Psikologi Personaliti TAJMA iaitu suatu alat ukur psikologi yang direkabentuk untuk memberikan data saintifik tentang diri seseorang individu mengenai pemikiran,perasaan dan tingkah laku.

“Ujian ini perlu diambil dan akan melihat kepada 12 ciri-ciri personaliti yang bersesuaian dengan ibu bapa peliharaan atau OYLS.

“Melalui pentaksiran ini, kesesuaian ibu bapa peliharaan dalam aspek penjagaan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak juga akan dapat dilihat dengan lebih jelas dan terperinci,” katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Norazman Othman.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya