HomeSukanShahelmey bakal menerajui SAFA

Shahelmey bakal menerajui SAFA

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bakal diambil alih oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya pada mesyuarat agung badan induk bola sepak negeri itu yang dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Akademi SAFA, Azman Mastar pada pelancaran Akademi Bola Sepak SAFA (Akademi SAFA) bawah 12, 14 dan 16 tahun, di Padang SAFA di sini semalam.

Azman berkata, SAFA telah sebulat suara memilih dan memberi mandat kepada Shahelmey untuk menerajui badan induk bola sepak Sabah itu.

Katanya, ia adalah usaha bagi membangun dan memajukan lagi sukan bola sepak di negeri ini.

“Beliau (Shahelmey) diberi mandat untuk menjadi Presiden SAFA. Oleh itu kita berharap SAFA dapat diberikan peruntukan untuk pembangunan bola sepak negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Akademi SAFA itu telah dilancarkan Shahelmey yang juga Menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal SAFA dan Sabah FC.

Ini berikutan pengunduran bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Presiden SAFA pada Januari lalu.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata soal pelantikan itu diserahkan kepada ahli SAFA untuk membuat keputusan pada mesyuarat agung persatuan berkenaan nanti.

“InsyaAllah, kita akan perkemaskan lagi SAFA dalam mesyuaratnya akan datang. Kita fokus pembangunan pemain muda kerana untuk melahirkan pemain bola sepak bukan dapat sehari semalam, tapi perlu bermula dari usia muda,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey mengingatkan pengurusan SAFA supaya menekankan aspek ketelusan bagi memastikan tiada pilih kasih dalam pemilihan pemain berbakat.

“Ini penting untuk memastikan kita berjaya mencungkil bakat pemain dari seluruh pelosok Sabah. Elakkan pilih kasih dengan mendahulukan orang tertentu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya