Lebih 1,000 peserta dijangka serta acara tahunan ‘Eggs-Mine-Nia’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai lebih 1,000 peserta dijangka hadir memeriahkan acara tahunan ‘Eggs-Mine-Nia’ yang akan diadakan selama tiga hari bermula 7 April depan.

Centre Point Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, acara itu akan berlangsung di Tingkat 4 Palm Square kompleks membeli belah itu.

“Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti semasa cuti Paskah dan menghabiskan masa berharga bersama ibu bapa mereka.  Tahun ini, pusat beli-belah ini mensasarkan lebih 1,000 peserta untuk acara berkenaan,” katanya.

Kanak-kanak berumur tiga sehingga 12 tahun dijangka akan menyertai pelbagai cabaran permainan yang diilhamkan berdasarkan permainan ‘Minecraft’. 

Ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka yang berminat menyertai acara ini dengan lebih awal. 300 kanak-kanak pertama yang berjaya mendaftarkan diri berpeluang untuk menebus beg tali eksklusif ‘Eggs-Mine-Nia’.

“Selain itu, terdapat juga empat aktiviti sampingan untuk disertai oleh kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing seperti permainan papan gergasi, gelongsor kembung, sesi memutar belon dan penampilan mascot,” menurut kenyataan itu.

Peraduan Mewarna Easter pula akan dilaksanakan pada 8 April 2023. Terdapat dua kategori, iaitu Kumpulan A (4–8 tahun)  dan Kumpulan B (9–12 tahun). Peserta hanya perlu membawa bahan mewarna kerana meja dan kerusi akan disediakan oleh pihak pengurusan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan pasukan pemasaran pusat beli-belah Centre Point Sabah, dalam talian 010-2606259 atau menyemak acara terkini pada laman Facebook dan Instagram rasmi pusat beli-belah itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *