Bot kargo tempatan bersama PATI ditahan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sandakan :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang disyaki cuba membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot kargo terbabit ditahan sekitar pukul 4.30 petang di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika barat daya Pulau Libaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikemudi tekong lelaki warga tempatan berumur 42 tahun disyaki melakukan perjalanan dari Pulau Boan, Filipina menuju ke Sandakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, hasil pemeriksaan juga menemui penumpang terdiri daripada tiga lelaki berumur 35 hingga 63 tahun dan tiga wanita berumur 22 hingga 60 tahun.

Katanya, seorang daripadanya adalah pemegang pas IMM13 manakala lima lagi disyaki warga Filipina tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati lesen bot yang membawa PATI berkenaan telah tamat tempoh.

“Bot beserta kesemua penumpang dan tekong ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *