Ahli keluarga mohon bantu cari orang hilang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

SEMPORNA: Pihak Polis Semporna memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai satu laporan kehilangan seorang lelaki di Kampung Perigi pada Rabu lalu supaya segera menghubungi balai-balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pada 22 Mac lebih kurang jam 9.15 pagi pihak Balai Polis Semporna ada terima aduan satu laporan polis mengenai orang hilang bernama Gan Ka Keat, lelaki berbangsa Cina, masih bujang dan berumur 31 tahun.

“Gan kali terakhir keluar daripada rumah di Kampung Perigi Semporna pada 20 Mac lalu, jam 12.00 tengahari dan sehingga kini masih belum ditemui.

“Pakaian mangsa keluar rumah adalah berbaju ‘T’ Shirt lengan pendek
hitam, seluar pendek berwarna hitam bertopi dan berselipar sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, makluman awal tiada masalah dengan ahli keluarganya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang/mangsa
sila salurkan maklumat kepada Ketua Polis Balai Semporna iaitu Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 010-5517617 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *