HomeIsu tempatanSambutan sangat baik hari pertama Bazar Ramadan di Palm Square, Kinarut

Sambutan sangat baik hari pertama Bazar Ramadan di Palm Square, Kinarut

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Lebih seratus gerai dibuka sempena Bazar Ramadan di tapak kawasan kedai Palm Square, Kinarut dekat sini hari ini.

Tinjauan Sabah Media di Bazar Ramadan tersebut mendapati sambutan sangat baik dan ramai pelanggan datang berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di situ.

Di sana juga terdapat pelbagai jenis juadah ada dijual seperti beraneka kuih-muih tradisional dan moden, masakan tradisi lauk-pauk, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai jenis air serta banyak lagi.

Tidak kurang juga menjadi tumpuan pelanggan ialah gerai makanan laut seperti ketam, udang, pelbagai jenis ikan bakar dan sebagainya.

Makanan laut sinonim dengan negeri Sabah selain harganya yang murah, ia juga segar.

Hazimah (kanan) di gerai makanan lautnya.

Menurut seorang penjual makanan laut, Hazimah Omar, 34, dari Lok Kawi, tidak menyangka hari pertama Ramadan jualannya sangat laku.

“Sangat cepat habis, saya bersama suami baru buka gerai jam 3 petang tadi, terus diserbu oleh pelanggan.

“Paling laris kupang dan siput laut masak sos lada hitam, alhamdulillah rezeki hari ini,” katanya sambil menambah bekalan makanan laut yang mereka perolehi adalah dari pembekal daerah Sandakan dan Tarakan, Indonesia.

Manakala seorang penjual nasi ayam,
Anna Kumba, 39, dari Kinarut, juga meluahkan sangat gembira pada hari ini kerana lebih 50 set nasi ayamnya laris terjual.

Anna (kiri) menjual Nasi Ayam.

“Alhamdulillah, lebih 50 set nasi ayam kami terjual hari ini walaupun saya fikir pada Bazar Ramadan tahun ini banyak saingan iaitu lebih seratus gerai tetapi saya yakin rezeki Allah itu ada di mana-mana,” katanya.

Anna berharap rezeki sama pada hari ini akan berterusan ke hari-hari seterusnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya