HomeUtamaFAMA diarah lakukan intervensi pasaran tangani bekalan stok

FAMA diarah lakukan intervensi pasaran tangani bekalan stok

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diarah bagi melaksanakan intervensi pasaran bagi memastikan kekurangan bekalan telur dapat diatasi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, perkara itu penting bagi memastikan agihan bekalan telur itu diedarkan seimbang dan semua negeri tidak akan mengalami kekurangan bekalan.

“Stok bahan mentah khususnya di Sabah buat masa ini tiada cerita mengenai kekurangan bekalan.  Sebelum balik ke Sabah, saya ada dimaklumkan mengenai kekurangan bekalan telur di beberapa kawasan di Pahang.

“Justeru kita telah minta FAMA untuk melakukan intervensi pasaran kerana kalau di Semenanjung, FAMA akan gerakkan telur daripada Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Bazar Ramadan Asia City di sini semalam.

Foong Hin berkata, Melaka merupakan pengeluar telur bagi Semenanjung dimana ia boleh menghasilkan sebanyak 2.4 juta biji telur.

“Telur itu dapat diseimbangkan dan dari segi keperluan pasaran untuk di Sabah kita tidak ada dengar mengenai isu itulah.  

“Jika ada apa-apa berlaku, boleh hubungi pihak kita terus.  Sampai sekarang barangan adalah terkawal dan mencukupi di seluruh negara, ” katanya  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya