HomeUtamaHospital Beaufort berjaya laksana perkhidmatan Pembedahan Laparoskopik

Hospital Beaufort berjaya laksana perkhidmatan Pembedahan Laparoskopik

Read Time:2 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Hospital Beaufort berjaya melaksanakan satu lagi perkhidmatan rawatan pembedahan baharu iaitu Pembedahan Laparoskopik selepas berjaya melakukan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am sebelum ini pada Februari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, Pembedahan Laparoskopik yang dilaksanakan pada 22 Mac lalu itu merupakan perkhidmatan kepakaran O&G (Obstetric & Gynaecology) di hospital berkenaan susulan penempatan Pakar Perubatan O&G sejak 3 Januari lalu.

Katanya, Pembedahan Laparoskopi atau lebih dikenali sebagai pembedahan invasif minimal adalah kaedah pembedahan di mana insisi (pembukaan potongan) kecil dilakukan pada bahagian abdomen berbanding dengan cara pembedahan konvensional atau pembedahan terbuka secara laparotomi.

“Kaedah pembedahan laparoskopik ini membolehkan pengurangan kesakitan akibat pembedahan kerana insisi yang lebih kecil, membolehkan pergerakan yang awal selepas pembedahan, pemulihan luka dalam jangka masa yang lebih singkat, kesan parut yang kecil bersaiz 0.5cm – 1cm, mengurangkan pendarahan, dan majoriti pesakit boleh pulang lebih awal kerana tempoh penginapan di hospital yang pendek.

“Perkembangan perkhidmatan ini juga sejajar dengan hala tuju pihak Kementerian untuk menaiktaraf status Hospital Beaufort sebagai Hospital Berpakar yang bakal menawarkan sekurang-kurangnya 10 jenis perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort.

“Hospital Beaufort juga merupakan Lead Hospital bagi kluster hospital kawasan Pantai Barat Sabah (Selatan & Pedalaman) yang menerima rujukan pesakit daripada daerah Sipitang dan Kuala Penyu serta daerah Lawas, Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, permulaan perkhidmatan Pembedahan Laparoskopik di Hospital Beaufort ini juga membolehkan rawatan pembedahan Ginekologi seperti Histerektomi (pembuangan rahim) Miomektomi (pembuangan fibroid dari rahim) dan Sistektomi (Pembuangan sista dari ovari).

Katanya, selain itu, ia juga membolehkan rawatan pembedahan Laparoskopi diagnostik (prosedur untuk mendapatkan diagnosis seperti kesakitan bahagian pelvik atau sebahagian daripada rawatan kemandulan), pembedahan endometriosis dan lain-lain lagi prosedur Ginekologi yang berpotensi untuk dilaksanakan.

“Usaha ini juga selari dengan usaha program ‘Global Surgery Initiative’ yang bertujuan untuk mengoptimakan tahap kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan pembedahan yang berkualiti dan selamat.

“Pasukan O&G Hospital Beaufort yang kini diketuai oleh Dr Annalene Preeta Melkiau telah memulakan perkhidmatan ini dengan melaksanakan Laparoscopic Bilateral Salpingectomy atau BTL ( bilateral tubal ligation) perikatan tiub peranakan bagi seorang pesakit wanita yang telah lengkap keluarga beliau. 

“Perkhidmatan rawatan ini juga menawarkan satu pilihan tambahan yang efektif dan berkualiti bagi warga tempatan dalam perkhidmatan perancangan keluarga untuk memastikan keibuan yang selamat.

“Selain ia mengelakkan kehamilan yang tidak diingini, membentuk keluarga yang terancang dan sihat berupaya menolong mengurangkan bebanan dan emosi ibu dan bapa, meningkatkan kualiti hidup yang optimum dan kesejahteraan serta kebajikan keluarga secara amnya serta mengurangkan kejadian morbiditi dan mortaliti dalam kalangan ibu, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya