HomeIsu tempatanPerodua Myvi terbabas masuk sungai, pemandu belum ditemui

Perodua Myvi terbabas masuk sungai, pemandu belum ditemui

Read Time:1 Minute, 4 Second

PUTATAN: Pasukan Bomba sedang giat menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang mangsa lelaki yang masih hilang dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas sendiri lalu masuk ke dalam sungai di Jalan Imbaan Sailan, dekat sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang terima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam 5.53 petang semalam (26 Mac).

“Menurut pemanggil insiden melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas sendiri ke dalam sungai di Jalan Imbaan Sailan, Putatan dan terdapat dua orang mangsa terlibat iaitu masing-masing seorang pemandu dan penumpang.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa iaitu pemandu kenderaan berkenaan dikenali sebagai Lasibi Lawadihu, 40, belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PGO hari ini, hari ke-2 SAR (27 Mac), operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan pada jam 6 pagi tadi.

“Pasukan Bomba bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menjalankan surface rescue menggunakan bot di sekitar lokasi dan memantau keadaan air sungai untuk melakukan selaman. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi kejadian dan membantu dalam operasi SAR itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular