Arif Aiman, Dos Santos terlepas peluang beraksi bertemu Hong Kong

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

Kuala Lumpur : Dua pemain skuad Kebangsaan iaitu Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Jurulatih skuad Kebangsaan Kim Pan Gon berkata, ia selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan. 

“Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.

“Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini semalam.

Pan Gon berkata, ini adalah bagi memastikan mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini. 

Katanya, dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *