HomeUtamaESSCOM berjaya rampas barang kawalan, dadah bernilai RM33.2 juta

ESSCOM berjaya rampas barang kawalan, dadah bernilai RM33.2 juta

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya merekodkan rampasan barangan kawalan serta dadah bernilai kira-kira RM33.291 juta di seluruh kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) sepanjang tahun lalu.

Komander ESSCOM Datuk Hamzah Ahmad berkata, rampasan itu adalah hasil operasi penguatkuasaan darat dan laut yang dikoordinasikan ESSCOM menerusi 1,401,593 pemeriksaan terhadap individu, kenderaan dan bot.

Katanya, hasil pemeriksaan itu telah berjaya menghasilkan sebanyak 1,003 tangkapan atas pelbagai kesalahan.yang dilakukan.

“Selain operasi, satu lagi elemen penting yang mempengaruhi kejayaan operasi-operasi keselamatan sepanjang tahun lalu adalah pengukuhan kerjasama dan hubungan antara pasukan keselamatan dan masyarakat yang sejujurnya saling memerlukan demi memastikan ESSZone kekal aman dan selamat.

“Justeru saya berharap agar momentum kejayaan pencapaian pada tahun lalu akan dapat dikekalkan dan jika boleh ditambah baik dalam kita merangka plan operasi yang lebih kemas dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sempena Hari Ulang Tahun ke-10 ESSCOM di sini semalam.

Hamzah berkata, masyarakat mempunyai peranan yang signifikan membantu ESSCOM dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan di kawasan ini.

“Antara program yang pada hemat saya berjaya memupuk hubungan akrab antara semua pihak di ESSZone adalah seperti program semarak ESSCOM bersama-sama komuniti di Mukim Silam Lahad Datu selain beberapa program lain yang telah berjaya dilaksanakan.

“Justeru, melalui jaminan keselamatan dan pengukuhan kepercayaan yang telah dibina selama sedekad ini, saya percaya masyarakat di ESSzone dapat menjalankan aktiviti harian dengan penuh rasa yakin selaras hasrat kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya